Page 8 - Petunjuk Kesihatan 2021
P. 8

PETUNJUK BAGI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN STRATEGI DI PERINGKAT KEBANGSAAN


            Petunjuk di dalam buku petunjuk kesihatan ini telah pun dikategorikan mengikut perkara-perkara seperti berikut:-
            a)  Petunjuk tahap pembangunan sosial dan sosio-ekonomi
            b)  Petunjuk tahap kesihatan
            c)  Petunjuk masalah kesihatan khusus
            d)  Petunjuk kemajuan perkhidmatan kesihatan


            Petunjuk ini mencerminkan kedudukan dalam negeri dan kaedah pengiraan petunjuk ini mungkin berbeza sedikit
            daripada yang biasa diguna oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.


            Walau bagaimanapun, kesemua petunjuk antarabangsa (selain daripada petunjuk yang berbentuk penyataan dasar)
            boleh didapati dalam senarai petunjuk kebangsaan ini, samada dalam bentuk asal ataupun telah diubahsuai.


            Kebanyakan petunjuk ini diperincikan mengikut pecahan kawasan dan jantina.


            Petunjuk ini harus digunakan bagi mengawasi dan menilai strategi-strategi pelaksanaan program-program kesihatan
            di peringkat operasi. Adalah penting bagi pengurus-pengurus program memberi maklumbalas mengenai kesesuaian
            dan kegunaan petunjuk ini. Ini akan dapat membantu Kementerian dalam penilaian secara menyeluruh terhadap
            kemajuan ke arah strategi kebangsaan bagi HFA.
















               PETUNJUK KESIHATAN                                         8                                                                                                                                                                                           PETUNJUK KESIHATAN
               HEALTH INDICATORS                                                                                                                                                                                                                                        HEALTH INDICATORS
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13